Rural Capital Berhad jihad lawan sikap 'ali baba'

Rural Capital Berhad jihad lawan sikap ‘ali baba’

NOOR Hariri Mohamed Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rural Capital Berhad (RCB) tekad berjihad melawan konsep ‘ali baba’ dengan memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi membantu kontraktor Bumiputera GiatMara menyiapkan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) pada tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, usaha itu selari dengan saranan kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu melakukan Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB).

“Menerusi peruntukan ini seramai 250 orang kontraktor bumiputera GiatMara mendapat manfaat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan adanya dana ini kontraktor boleh menyiapkan projek tersebut dengan cepat tanpa kompromi dari segi kualiti binaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noor Hariri memberitahu, perancangan itu diharap mampu memberi manfaat besar kepada rakyat termiskin dalam merancakkan lagi ekonomi setempat.

Katanya, proses itu akan berjalan menerusi pusingan modal yang dibelanjakan oleh pekerja tukang rumah dan pengusaha bahan binaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini