Roti John percuma untuk asnaf, OKU sepanjang bulan Ramadan

Roti John percuma untuk asnaf, OKU sepanjang bulan Ramadan

NURUL Mahirran Zulkifily (kanan) memberi roti John percuma kepada golongan asnaf di gerainya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang peniaga dari Kampung Semat Jal di sini me­ngagihkan 20 bungkus roti John percuma kepada golo­ngan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) sepanjang Ramadan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Mahirran Zulkifily, 39, berkata, sumbangan itu merupakan salah satu bentuk perkongsian rezeki selain memberikan ke­gembiraan kepada golongan ber­kenaan semasa berbuka puasa.

“Saya akui harga roti John agak tinggi iaitu RM7. Melihat kepada situasi itu, saya terpanggil untuk membantu golongan kurang berkemampuan dan OKU menikmati keenakan rasa roti John.

“Walaupun sumbangan ini nampak kecil, tapi besar harapan saya untuk melihat kegembiraan terpancar pada raut wajah penerima,” katanya.

Seorang asnaf, Noramy Mat Rudi, 35, mengakui pemberian percuma ini cukup menggembirakan anak-anaknya.

Katanya, hal ini kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk membeli makanan tersebut.

“Kalau beli satu bungkus roti John tak cukup sebab anak ada enam orang.

“Untuk membeli dua bungkus harganya pula mencecah RM14 sedangkan dengan jumlah ini dapat saya beli ikan sekilogram,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN