PONTIAN: Seorang penjual air tebu berharap musim panas ketika ini dapat menambah pendapatannya sekurang-kurangnya RM70 sehari. Menurut Roslan Safar, 53, keuntungan itu adalah bagi kegunaan perbelanjaan seharian termasuk belanja sekolah bagi lima anak dan membeli keperluan dapur. “Untuk persekolahan anak-anak, saya memerlukan sebanyak RM30 sehari untuk perbelanjaan mereka dan saya menghantar mereka ke sekolah setiap hari sebelum berniaga. “Cuaca panas sekarang ini sedikit sebanyak membantu kerana saya tiada sumber pendapatan…









