BACHOK: Rantau Panjang dan Jeli dipilih sebagai lokasi pembinaan stesen minyak tanpa subsidi yang dikhususkan kepada warga asing di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata, langkah itu membolehkan kenderaan milik warga Thailand termasuk pelancong asing menikmati kemudahan tersebut sepanjang berada di negara ini. “Kedua-dua lokasi itu disifatkan cukup strategik dan pada masa sama ia mampu…










