Ramai ibu bapa berasak beli peralatan sekolah saat akhir

Ramai ibu bapa berasak beli peralatan sekolah saat akhir

Ibu bapa mencari tanda nama anak masing-masing yang ditempah di sebuah kedai peralatan sekolah di Kangar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menjelang sesi pembukaan sekolah Isnin depan, ibu bapa semakin ‘sibuk’ menyediakan kelengkapan anak-anak sehingga kedai-kedai kini sesak.

Tinjauan di sekitar Ka­ngar di sini mendapati ibu bapa mengambil peluang cuti hujung minggu membawa anak-anak membeli kelengkapan sekolah.

Seorang ibu, Hasmira Hashim,40, berkata, dia membawa anaknya bagi membuat tempahan tanda nama dan lencana selain membeli kelengkapan lain.

Katanya, dia sengaja memilih saat akhir membeli kelengkapan sekolah kerana tidak mahu terlalu bersesak dengan orang ramai.

Bagaimanapun katanya, orang terus ramai di kedai-ke­dai kelengkapan sekolah meskipun berbaki tiga hari sebelum sekolah dibuka.

“Untuk sesi persekolahan, saya membelanjakan sekitar RM400 bagi menyediakan ke­lengkapan sekolah anak-anak memandangkan harga bara­ngan semua sudah naik.

“Saya lebih mengutamakan menyediakan kelengkapan sekolah berbanding kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan. Kita sediakan dulu kelengkapan sekolah anak, kerana itu lebih penting,” kata kakitangan swasta itu.

Seorang lagi kakitangan swasta, Ibrahim Ismail, 34, berkata, dia menyediakan setiap dua pasang pakaian bagi setiap anak manakala alatan lain yang masih boleh digunakan, dia memilih tidak membeli yang baharu.

“Dalam keadaan sekarang, kos semakin meningkat memerlukan kita berjimat-cermat.
Bulan ini sehingga April, sememangnya banyak belanja perlu dikeluarkan termasuk persediaan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi yang juga membabitkan kos yang tinggi.

“Seboleh-bolehnya, kita akan usaha untuk berjimat-cermat dan merancang per­belanjaan mengikut kemampuan. Baju sekolah dan kasut sekarang juga semakin tinggi berbanding dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×