Raja Muda Selangor santuni 29 anak yatim RAYSAS

Raja Muda Selangor santuni 29 anak yatim RAYSAS

TENGKU AMIR SHAH Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bergambar dengan anak-anak yatim di RAYSAS, Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai Puteri di sini, hari ini.

Pada program itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM8,700 yang bakal diserahkan kepada 29 anak yatim di situ.

Selain itu, baginda turut berkenan mengurniakan 100 kilogram (kg) beras dan 29 set kain pelekat.

Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Tan Sri Mazlan Mansor berkata, pihaknya meneruskan tradisi tahunan dengan menyantuni anak yatim di Selangor menerusi sumbangan Raja Muda Selangor.

Menurutnya, enam lokasi terpilih untuk majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri selain Melaka adalah Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang dan Gombak.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri buat anak-anak ini dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa.

“YIDE komited dalam membantu anak-anak yatim daripada segi sumbangan Aidilfitri khususnya di Selangor dan di RAYSAS.

“Menjadi kewajipan kita menyalurkan sumbangan, ia diteruskan demi kelangsungan kebajikan dan pembangunan kendiri,” katanya kepada pemberita.

Tambah Mazlan, YIDE memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta bagi diagih-agihkan kepada 11,386 anak yatim daripada 6,388 keluarga berdaftar.

Jelasnya, sumbangan kepada penerima dibayar secara berperingkat bermula esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×