PETALING JAYA: Penternak lembu dan kerbau tenusu di Selangor kini terhimpit ekoran masalah kekurangan sumber makanan ternakan. Penternak, Abdul Gaffar Khan Amirullah berkata, masalah tersebut berlaku apabila syarikat yang sebelum ini membekalkan hampas gandum menghentikan penjualan sumber berkenaan kepada semua pentenak di negeri ini. Menurutnya, penternak kini bukan sahaja perlu mencari sumber makanan yang lebih tinggi harganya, juga berdepan masalah kesesuaian bahan tersebut dengan haiwan ternakan mereka. “Selama 30 tahun…










