MELAKA: Para peniaga di negeri ini mengesahkan telah dimaklumkan oleh pemborong berhubung penurunan harga jualan runcit beras putih import (BPI) antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa, semalam. Pengurus Pasar Raya Family Store Klebang, Chong Chee Yen berkata, pihaknya menerima notis daripada lima pemborong memaklumkan perkara itu. “Saya menerima WhatsApp daripada semua pemborong pagi semalam. Pihak pemborong akan menstruktur semula harga beras import yang berada di pasar raya ini.…










