Pengarah KK Mart didakwa esok

Pengarah KK Mart didakwa esok

KK Mart
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah-pengarah syarikat KK Supermart dan Superstore Sdn. Bhd (KK Supermart) akan didakwa di mahkamah esok di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memberitahu, dalam masa yang sama, pengarah-pengarah Xin Jian Chang Sdn. Bhd akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana telah bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah.

Terdahulu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memaklumkan, pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, unit berkenaaan dilaporkan sudah melengkapkan dua kertas siasatan membabitkan KK Super Mart dan syarikat kilang pengedar yang mengimport stoking yang tertera kalimah Allah.

Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

KK Super Mart kemudian memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini