KUANTAN: Penduduk sekitar Pantai Cherating dekat sini mengambil inisiatif membersihkan semula imej pantai berkenaan yang sebelum ini terjejas setelah dikaitkan dengan kegiatan perjudian, arak dan pelacuran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Amirul Azhim Abu Talib, 32, berkata, imej pantai itu dahulunya amat dikenali dalam kalangan pelancong, namun terjejas susulan laporan sebuah stesen televisyen mengenai kegiatan tersebut. Menurutnya, disebabkan laporan itu, pengunjung ke pantai berkenaan berkurangan sedangkan dakwanya, kegiatan tersebut bukan dilakukan…