Penduduk nekad pertahan rumah daripada diroboh

Penduduk nekad pertahan rumah daripada diroboh

PENDUDUK berhimpun untuk menghalang tindakan daripada syarikat pemaju cuba merobohkan rumah mereka dekat Kampung Bunga Raya, Subang di Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 100 penduduk nekad mempertahankan rumah masing-masing di Kampung Bunga Raya, Subang, di sini daripada dirobohkan bagi pembangunan projek perumahan.

Malah, mereka kekal tinggal di situ walaupun pihak berkuasa memotong bekalan elektrik ke kawasan berkenaan yang menempatkan lebih 50 buah rumah.

Keengganan berpindah itu kerana kebanyakan mereka adalah warga emas dan tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman bagi pembelian rumah baharu walaupun di bawah skim kerajaan negeri.

Menurut seorang penduduk, G. Rishikumar, 39, kawasan berkenaan dipercayai akan dibangunkan projek perumahan Apartmen Dahlia dan penduduk diarah berpindah dengan alasan tanah yang diduduki mereka adalah milik kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak menepati janji untuk membantu kami, cuma baru-baru ini Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu menawarkan kediaman di bawah Skim Smart Selangor dan Rumah Selangorku.

“Bagaimanapun, tiada penduduk yang mampu beli rumah tersebut kerana majoriti tidak mempunyai pendapatan yang layak. Malah sebahagian besar mereka adalah warga emas, tak lagi layak dapat pinjaman bank,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru, dia menggesa campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk membantu penduduk yang terkesan dan bakal kehilangan tempat berlindung.

Sementara itu, penduduk warga emas, Abdul Razif Nordin, 65, memohon dia diberikan pampasan atau rumah gantian apabila mendakwa kehilangan tempat tinggal sekiranya terpaksa akur dengan arahan berpindah.

“Sebab itu saya terpaksa pertahankan rumah itu hingga akhir hayat, usia saya sudah lanjut memang tak ada peluang untuk saya beli atau sewa rumah lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×