ISKANDAR PUTERI: Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan daripada empat kepada enam lorong dari Sedenak akan ditambah sehingga ke Ayer Hitam, berbanding Simpang Renggam sebelum ini. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penambahan itu melibatkan jarak sepanjang 17 kilometer (km), menjadikan keseluruhan jarak pelebaran fasa berkenaan 37 km, namun kos pelaksanaannya kekal sebanyak RM931 juta. “Kita telah umum pelebaran jalan antara Senai Utara ke Sedenak melibatkan jarak 21 kilometer…