KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta meneliti semula berkaitan beberapa maklumat yang perlu diisi dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilihat tiada keperluan serta terlalu peribadi. Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beberapa maklumat tersebut antara perkara yang perlu diperhalusi selain berkaitan keselamatan data. Menurut beliau, ada maklumat yang rakyat lihat tidak ada keperluan untuk memasukkan kerana maklumat tersebut telah ada dengan kerajaan atau agensinya. Sebagai contoh maklumat berkaitan…










