KUANTAN: Sebanyak 62 gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan di Pasar Sera bertemakan ‘Nostalgia Rewang Melayu’ yang diadakan dua hari bermula semalam di pekarangan replika Rumah Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, pasar itu membuka ruang kepada usahawan tempatan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik Yayasan Pahang terbabit secara langsung…