ARAU: Selepas lebih dua bulan berdepan cuaca panas melampau termasuk ketika bulan Ramadan ini, bumi Perlis akhirnya dibasahi hujan sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada rakyat di negeri ini. Meskipun tidak lama hanya sekitar 20 minit, namun hujan berkenaan memberi nikmat cukup besar kepada rakyat Perlis termasuk menyegarkan kembali tanaman selepas kebanyakkan kawasan tanah mula merekah. Bacaan doa di seluruh masjid di negeri ini ketika solat Jumaat kelmarin agar hujan…










