KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan tidak sesuai untuk berhujah mengatakan Kanun Jenayah Syariah gagal membendung kes jenayah berkenaan di negeri ini. Beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh dipertikaikan dengan mengatakan ia gagal kerana undang-undang sememangnya diperlukan. “Kanun Jenayah Syariah tetap penting dalam mengekang perlakuan jenayah berkaitan di negeri ini. Peranan undang-undang adalah untuk membendung perlakuan jenayah. ” Ada undang-undang pun masih banyak kes… kalau tidak ada…










