Masalah air Kelantan selesai 2027

Masalah air Kelantan selesai 2027

DR. Izani Husin (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi jaminan masalah air yang menghantui penduduk di negeri ini lebih 20 tahun lalu akan selesai sepenuhnya pada 2027 nanti.

Pengerusi Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, hasrat itu mampu direalisasikan apabila semua loji-loji air yang dalam kerja-kerja naik taraf dan bina baharu akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.

“Insya-Allah pada tahun 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebih bekalan air.

“Jadi saya pohon kepada rakyat supaya bersabar…dalam tiga tahun lagi masalah ini akan selesai sepenuhnya,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Pengawai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Datuk Sri Darwis Abdul Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu memberitahu,
ketika ini kerajaan negeri sedang merancang untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah uzur sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur.

Katanya, daripada jumlah itu
sebanyak 1,000 km paip perlu ditukar dengan kadar segera.

“Bgaimanapun, dalam tempoh setahun, kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja.

“Insya-Allah, melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincang dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan dalam kerja-kerja menukar paip-paip air tersebut,” ujarnya.

Dr. Izani berkata, pada masa sama kerajaan negeri akan menggemukan kertas kerja kepada Perdana Menteri supaya mempercepatkan mengenai penukaran paip-paip ini.

“Jika lebih ramai kontraktor dapat dilantik, kerja menukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun.

“Sungguhpun begitu, permohonan peruntukan untuk kerja-kerja menukar paip-paip itu akan dibuat mengikut kemampuan,” katanya.-UTUSAN

260324-Klt-AirKelantan Selesai-Done Online

DR. Izani Husin (tiga kanan) menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Kota Bharu, Kelantan semalam-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.

-Habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×