PETALING JAYA:- Sebanyak 110 pelajar asnaf menerima sumbangan menerusi kerjasama City University Malaysia (City U) dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Pengarah Urusan City U, Rohaidah Shaari berkata, penerima bantuan terdiri daripada pelajar pelbagai program dan latar belakang
Katanya, sumbangan tersebut yang diuruskan LZS dan City U sekaligus dapat membantu meringankan bebanan pelajar menampung kos pembelajaran dan sara hidup.
“Ia juga mampu memperkukuhkan institusi pendidikan negara dalam melahirkan generasi muda yang memenuhi keperluan industri masa pada masa depan.
“Selain itu saya berharap kerjasama ini bukan hanya sekadar bantuan kewangan, tetapi juga merupakan impak jangka masa panjang untuk generasi muda dalam melahirkan golongan berpendidikan tinggi,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Iftar City University Malaysia 2024, baru-baru ini.
Dalam pada itu Rohaidah berkata, , university swasta yang ditubuh sejak lebih 40 lalu itu aktif sejak awal Ramadan untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti rumah kebajikan, rumah tahfiz, rumah anak-anak yatim di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
” Ia dianjurkan menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) anjuran Fakulti Industri Kreatif apabila seramai 60 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Fatimah Yaakub telah menerima bantuan kewangan serta barangan keperluan harian,” katanya.










