PETALING JAYA: Proses timbang tara komersial antarabangsa adalah mekanisme penting dalam penyelesaian pertikaian global dan mesti dilindungi daripada penyalahgunaan sesetengah pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia mesti dilindungi daripada percubaan salah guna kuasa untuk memeras negara-negara berdaulat di bawah tuntutan timbang tara. “Malaysia sedang giat melihat semua kemungkinan remedi undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan…










