IPOH: Kehamilan remaja merupakan antara perkara yang perlu diberikan perhatian berkenaan isu perlindungan wanita dalam sistem kesihatan. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyentuh perkara tersebut ketika bertitah berkenaan penglibatan dan perlindungan wanita dalam sistem kesihatan. Titah baginda, dua perkara penting tentang wanita dalam kesihatan ialah pertama, dari segi sumbangan tenaga kerja dan kedua akses mendapatkan rawatan serta perlindungan. Baginda bertitah, perkara pertama tersebut selalu terlintas dalam fikiran apabila membincangkan…