JOHOR BAHRU: Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta dua orang awam ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah bagi menyeludup warga asing masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS). Perintah reman berkuat kuasa hari ini dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurkhalida Farhana Abu Bakar selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini. Kesemua suspek terdiri daripada empat lelaki…










