RAUB: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan bersujud di belakang rumahnya dalam kejadian kebakaran di Felda Tersang 1 di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Abd. Shukur Abdullah Suhaimin, 46, ditemukan tidak sedarkan diri oleh pasukan bomba dan orang kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian. Adik mangsa, Mohamad Ainudin, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di Shah Alam, Selangor sebelum mendapat panggilan telefon sekitar pukul…










