JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, bantuan ini amat meringankan beban kami kerana tahun ini tidak mampu mengutip pakaian seragam sekolah terpakai lagi.” Demikian luahan pengutip barangan lusuh, Norain Zailani, 35, yang turut menghidap penyakit serangan sistem imun badan, iaitu Sistemik Lupus Eritematosus (SLE), penyakit kulit kronik, Diskoid Lupus Eritematosus (DLE) dan ketumbuhan dalam salur mata, payu dara serta rahim. Suaminya, Mohd. Hassan Basri, 42, pula menghidap sakit jantung dan kanser usus kronik…










