BATU PAHAT: Kilang yang didakwa mengedar stoking tertera kalimah Allah di kawasan perindustrian Sri Gading, dekat sini menutup operasinya hari ini. Penutupan kilang itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan tentang kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu. Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama kilang tanpa memaklumkan bila tarikh akan beroperasi semula. Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi…










