Keputusan STAM 2023 diumum 26 Mac

Keputusan STAM 2023 diumum 26 Mac

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 dijadual dikeluarkan pada 26 Mac ini.

Menurut Kementerian Pendidikan, calon boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

Bagi calon persendirian, pula, kementerian berkata, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2023 mulai pukul 10 pagi pada 26 Mac sehingga pukul 6 petang pada 1 April.

“Selain itu, secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STAM 2023 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 26 Mac sehingga pukul 6 petang pada 1 April,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 4,058 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Pendidikan mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan STAM 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN