SEREMBAN: Dua orang ejen hartanah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki mengemukakan dokumen yang mempunyai butir matan palsu pinjaman pembiayaan kenderaan kepada bank bagi pembelian ke atas dua buah kenderaan. Majistret, Mahkamah Majistret Seremban, Nurul Saqinah Rosli membenarkan permohonan reman dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahaya. Dalam tempoh reman tersebut, kedua-dua suspek akan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Terdahulu,…