Kemarau: KADA bakal kekurangan hasil pada 40,000 tan

Kemarau: KADA bakal kekurangan hasil pada 40,000 tan

MUHAMMAD Husin (tengah) melihat paras air di Rumah Pam Kemubu selepas selesai menunaikan solat sunat istisqa' di Kemubu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meramalkan agensi itu akan mengalami kekurangan hasil padi sehingga 40,000 tan bagi musim 2/2023 jika kemarau yang melanda negeri ini terus berpanjangan.

Pengerusinya Muhammad Husin berkata, hal ini kira 5,000 hektar daripada 9,100 hektar kawasan tanaman padi di bawah selian agensi itu masih berisiko terjejas berikutan kemarau.

Menurutnya, ia melibatkan kawasan Kota Bharu Selatan (KBS) dan Kota Bharu Utara (KBU) yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air dari Pam Kemubu yang turut terjejas.

“Bagaimanapun, setakat ini sudah ada beberapa kawasan yang sudah mula menuai hasil antaranya kawasan Pasir Mas yang melaksanakan penanaman mengikut jadual bermula 17 Disember lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Solat Sunat Istisqa di Stesen Pam Kemubu di sini hari ini.

Terdahulu seramai 300 orang yang terdiri daripada kakitangan KADA serta petani di beberapa jajahan turut sama menunaikan solat istisqa’ di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air ini, KADA telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk tahun ini.

Katanya, peruntukan berkenaan termasuklah RM300,000 yang diluluskan seminggu lalu untuk pembinaan telaga tiub.

“Paras air sungai di Pam Kemubu ketika ini sangat rendah iaitu 2.48 meter menyebabkan ia tidak dapat beroperasi untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan yang terlibat,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×