KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyiapkan sendiri Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek di sini sekiranya pemaju yang dilantik sebelum ini tidak dapat meneruskan konsep asal pembinaan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata, ia berikutan berlaku pindaan terhadap komponen asal pembinaan projek berkenaan. “Hal ini kerana, pihak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak membenarkan pembangunan…