Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta – Shafee - Utusan Malaysia

Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta – Shafee

NAJIB Tun Razak melambai kepada pengamal media ketika hadir bagi permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu untuk membayar denda RM50 juta yang merupakan syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, jumlah tersebut perlu dibayar terlebih dahulu sebelum Najib boleh menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

“Banyak orang tanya sama ada hari ini kita pergi bayar denda atau tidak. Jawapan saya, sehingga hari ini, Datuk Seri Najib sendiri memang tidak mampu. Beliau sendiri tidak mampu bayar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai yang mungkin menyindir saya dalam kenyataan ini mengatakan yang berbilion-bilion itu pergi mana.

“Okey? Kalau awak tanya so­alan itu kepada saya, ertinya awak kurang faham dan tidak ikut perkembangan kes ini dalam perbicaraan,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam.

Muhammad Shafee berkata, anak guamnya berkemungkinan dapat menjalani perintah tahanan rumah pada 14 Oktober, sekira­nya denda RM50 juta dibayar dan permohonan penangguhan hukuman membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di­benarkan.

Bagaimanapun, katanya, per­kara itu bergantung kepada mahkamah dan isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak.

“Kalau kita sudah bersedia pada 14 Oktober dan hari sama dapat penangguhan, kemudian, insya-Allah, RM50 juta itu dibayar, ada kemungkinan besar beliau dibebaskan (tahanan di rumah) pada hari sama,” katanya.

Muhammad Shafee tidak dapat memberikan tempoh yang pasti bila Najib boleh pulang ke rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×