PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh terus menegaskan pendiriannya untuk terus lantang dalam isu kalimah Allah pada stoking yang dijual di rangkaian kedai serbaneka, KK Mart. Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau lebih rela tidak dipilih di pilihan raya daripada tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina. “Saya terkedu, ketika agama Islam ini dihina dan kita mempertahankannya kita dianggap…










