PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaraskan Harga Beras Putih Import (BPI) dengan menurunkan harga jualan runcit di antara RM2 hingga RM3 di pasaran bagi pek 10 kilogram berkuat kuasa hari ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keputusan itu dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam bagi meningkatkan akses rakyat kepada bekalan beras pada harga yang munasabah. Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk…










