KOTA BHARU: Kerajaan Negeri ketika ini sedang mengemaskini keanggotaan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Kelantan. Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, langkah itu susulan perubahan dalam lanskap politik yang menyebabkan berlaku rombakan keanggotaan majlis berkenaan. “Ketika ini proses mengeluarkan surat pelantikan baharu sedang dijalankan. Untuk makluman, kali terakhir majlis berkenaan bersidang adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 lalu. “Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa menerima pandangan dan nasihat…










