Cuaca panas: Bomba terima panggilan 5,094 panggilan  ular masuk rumah - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Bomba terima panggilan 5,094 panggilan  ular masuk rumah

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan suhu panas akibat El Nino  dan diramal berterusan sehingga Mei ini menyebabkan haiwan berbisa termasuk ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembab sehingga  boleh mengancam keselamatan orang awam.

Berdasarkan rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 5,094 panggilan kecemasan diterima untuk perkhidmatan menangkap ular dan haiwan berbisa sejak Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah panggilan, lima mangsa mengalami kecederaan manakala empat lagi terselamat tetapi  tiada kematian direkodkan.

Beliau berkata, sepanjang  cuaca panas  berkemungkinan akan berlaku peningkatan kes kemasukan haiwan berbiasa terutama ular akan keluar dari habibat asal mencari tempat yang sejuk dan lembap untuk berlindung.

Jelas beliau, suhu panas melampau juga akan menyebabkan reptilia ini bertindak agresif dan akan menyerang manusia sekiranya rasa diancam.

“Justeru, orang ramai disaran menghubungi pasukan penyelamat yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk membantu menangkap ular yang memasuki kediaman mereka.

MENGEJUT

“Elakkan menghampiri kawasan lembap secara mengejut,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Semalam, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, di sini mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap seekor ular ‘King Cobra’ sepanjang hampir empat meter.

Ular tedung selar itu berjaya ditangkap di kebun getah berhampiran Pejabat Felda Bukit Tangga, dekat sini.

Pada 8 Februari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini mengeluarkan ramalan cuaca kering dan panas dengan suhu lebih 35 darjah Celsius melanda negara.

Cuaca yang ekstrem mendorong ular keluar untuk mencari tempat baharu seperti di sekitar kawasan yang redup dan banyak makanan.

Berikutan itu, masyarakat dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan ancaman ular yang begitu tinggi pada waktu panas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×