SHAH ALAM: Tidak berlakunya kes culik membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur setahun tujuh bulan di pusat membeli-belah di Klang Sentral, Klang seperti yang tular dalam media sosial, pada Selasa lalu. Jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan pihaknya mendapati dua lelaki warga Nepal berkenaan, yang pada awalnya didakwa sebagai penculik cuba membantu kanak-kanak berkenaan untuk menaiki eskalator pusat tersebut yang rosak semasa hari kejadian. “Saya sendiri telah…










