JERANTUT: Rata-rata ibu bapa hairan kenapa bangunan empat tingkat yang siap dibina empat tahun lalu belum dibuka untuk kemudahan pembelajaran pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Padang Piol di sini. Ibarat projek ‘gajah putih’, premis yang dibina berdekatan jalan hadapan sekolah itu terdiri daripada enam buah makmal sains, bilik darjah (enam buah), bilik guru penolong kanan (tiga buah), bilik ketua bidang (empat buah), masing-masing sebuah bilik pengetua dan bilik…










