Ayam golek cuit-cuit bawa rezeki lumayan buat Syarul Nizam

Ayam golek cuit-cuit bawa rezeki lumayan buat Syarul Nizam

ADIK kepada Syarul Nizam Yusri memotong ayam golek yang dibeli oleh pelanggan di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Gua Sami, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Percubaan kali pertama seorang anak muda berniaga di bazar Ramadan membawa pulangan rezeki apabila ayam golek yang dijualnya mendapat sambutan memberangsangkan di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Gua Sami di sini.

Disebalik kos barangan yang meningkat namun Syarul Nizam Yusri, 33, tetap memilih menjual makanan tersebut dengan harga berpatutan iaitu RM24 seekor.

Dia yang dibantu adiknya, mampu menjual antara 20 sehingga 30 ekor ayam berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Syarul berkata, tahun ini, pertama kali dia menjalankan perniagaan di bazar Ramadan meskipun sedar dengan pelbagai risiko khususnya kos barangan semakin meningkat termasuk harga ayam.

Namun katanya, ayam golek yang dijual tetap mendapat sambutan baik daripada pelanggan apabila habis terjual setiap hari.

“Alhamdulilah, ayam golek yang dijual mendapat sambutan dengan hari pertama Ramadan tidak sampai dua jam sudah habis terjual. Berikutan itu, setiap hari, saya menambah jumlah ayam yang dijual.

“Saya gunakan resepi sendiri agar rasanya berbeza dengan ayam golek lain. Ayam golek menjadi antara juadah makanan yang terus dapat perhatian di bazar-bazar Ramadan. Alhamdulilah, bulan Ramadan kali ini, saya mampu menambah pendapatan,” katanya.

Tambah Syarul, sambutan di bazar Ramadan di sini agak baik dengan setiap hari lokasi berkenaan padat dengan orang ramai.

“Sudah seminggu Ramadan ini, orang ramai masih memenuhi bazar dan perniagaan saya mendapat sambutan baik sekali serta berharap momentum tersebut berterusan sehingga akhir Ramadan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN