KOTA BHARU: Bermula dengan hobi menanam pokok bunga yang jarang ditemukan, Anthurium, sejak dua tahun lalu, akhirnya menjadi punca pendapatan kepada seorang mahasiwa di Pengkalan Chepa di sini. Berkongsi kejayaannya dengan Utusan Malaysia, Muhamad Mukhriz Hakim Mohd Sham, 20, berkata, Anthurium yang berasal dari habitat hutan hujan tropika Colombia, Guatemala dan wilayah Amazon Brazil mampu memikat ramai pembeli sekalipun harga tinggi kerana tumbuhan itu memiliki keunikan tersendiri. Menurutnya, keunikan urat…










