Alia selamat pulang ke pangkuan keluarga - Utusan Malaysia

Alia selamat pulang ke pangkuan keluarga

ALIA SUFFIAH AZEEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Remaja perempuan yang menghilangkan diri dari kediamannya di Taman Desa sejak lima hari lalu selamat pulang ke rumah malam tadi

Ibunya, Hanisah Khamis, 37, berkata, Alia Suffiah Azeem, 19, pulang ke rumah dalam keadaan baik kira-kira pukul  11 malam namun masih menyembunyikan tempat tinggalnya sepanjang tempoh lima hari kehilangannya. 

Pada masa ini, ahli keluarga tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan tidak bertanya lebih dan membiarkan dia menceritakannya sendiri nanti. 

“Terima kasih kepada akhbar ini yang membantu menyiarkan berita kehilangan anak saya sehingga menggerakkan hatinya untuk pulang ke pangkuan keluarga. 

“Terima kasih juga kepada orang ramai yang telah sama-sama mendoakan serta membantu mengesan kedudukan anak saya sepanjang tempoh lima hari kehilangannya,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, media menyiarkan kehilangan penuntut Kolej Vokasional Kluang yang keluar dari rumahnya di Taman Desa pada pukul 6.50 pagi ketika cuba dikejutkan untuk pergi ke kolej itu. 

Anak sulung daripada dua beradik itu turut membawa semua pakaiannya ketika keluar dari rumah sehingga menimbulkan kebimbangan kepada keluarga apatah lagi tidak tahu tempat ditujunya. 

Susulan itu, Hanisah merayu  anaknya itu untuk pulang kepangkuan keluarga apatah lagi bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×