PLAZA Shah Alam meraikan 83 penghuni Rumah Kebajikan Al Firdaus dalam program berbuka puasa di pusat beli-belah itu baru-baru ini.
Menurut Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Mokhtar, dalam majlis itu, kesemua kanak-kanak tersebut menerima sumbangan ubat-ubatan, lampin pakai buang, susu tepung, ubat gigi dan pencuci pakaian.
Selain itu, mereka turut menerima duit raya yang disumbangkan oleh Plaza Shah Alam, Bob Rock Clothing dan Kelab Kucing Malaysia. – UTUSAN










