KOTA BHARU: Sebanyak 484,639 orang atau 38.8 peratus daripada 1.2 juta rakyat Kelantan sudah mendaftar dan mengemas kini sistem Pangkalan Data Utama (Padu) setakat semalam. Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan, Muhd. Nor Aswadi Md. Nor berkata, meskipun jumlah itu dilihat rendah, Kelantan sebenarnya merupakan negeri di Pantai Timur yang tertinggi mendaftar dan mengemas kini sistem berkenaan. Menurutnya, justeru, orang ramai tidak perlu bimbang kerahsiaan keselamatan maklumat mereka terjamin kerana sistem…










