PETALING JAYA: Kemusnahan besar-besaran di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu menyaksikan wilayah itu mungkin tidak boleh lagi didiami sehingga 10 tahun akan datang. Ini kerana kawasan yang musnah itu memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk dipulihkan dan pemulihan itu pula hanya melibatkan perkara paling asas seperti kawasan perumahan dan kemudahan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, serangan tentera rejim…










