Timbang semula benarkan graduan asing bekerja

Timbang semula benarkan graduan asing bekerja

KERAJAAN harus menilai semula pengambilan graduan luar negara bekerja dalam sektor ENE dan mendahulukan graduan tempatan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memenuhi keperluan industri sektor teknologi dan menampung kekurangan tenaga kerja mahir tidak boleh diterima sebagai alasan untuk membenarkan graduan ­asing dari institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja di Malaysia.

Ketua Biro Pendidikan dan Masyarakat Berilmu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Puvaniten M. Helan Gova berkata, sebaliknya, kerajaan perlu mencari inisiatif lain untuk memenuhi permintaan sektor tersebut dan optimumkan pengambilan siswazah tempatan.

“Kerajaan bertanggungjawab melahirkan siswazah tempatan yang berkemahiran tinggi dan perlu fokus dalam menangani masalah gaji tidak selaras dengan kadar inflasi yang dialami oleh para pekerja di Malaysia sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya sedang mempertimbang membenarkan pelajar luar yang menamatkan pengajian di IPT tempatan untuk bekerja di Malaysia.

Kata beliau, ia bagi menampung kekurangan tenaga mahir di beberapa sektor yang kini memerlukan sebanyak 50,000 jurutera .

Puvaniten berkata, Ge­rakan menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan tersebut dengan mengambil kira perasaan dan masa depan graduan tempatan.

Dalam pada itu, Puvaniten berkata, Gerakan menasihatkan kerajaan yang sebelum ini mendakwa mempunyai banyak formula dalam menyelesaikan masalah pengangguran, memastikan rakyat tempatan dibayar dengan kadar upah yang sepatutnya.

“Sehingga September 2023 sebanyak 35 peratus siswazah dalam bidang jurutera memperoleh gaji permulaan kurang daripada RM2,000,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN