RANAU: Selepas tiga tahun hidup menumpang di rumah saudara mara, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak melahirkan rasa bersyukur apabila menerima rumah di bawah bantuan mesra rakyat (BMR) semalam. Bantuan rumah di bawah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) itu memberi sinar harapan kepada Rose @ Roslina Daimin, 45, yang terpaksa menumpang di rumah keluarga lain selepas suaminya meninggal dunia. Roslina berkata, selepas pemergian…










