PADANG BESAR: Dadah syabu seberat 98.3 kilogram bernilai kira-kira RM3.24 juta ditemukan dalam lima bungkusan plastik berwarna hitam terbiar di laluan keselamatan PB19 Padang Besar, di sini, Isnin lalu. Dadah itu ditemui pada kira-kira pukul 3 pagi ketika sepasukan polis terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor, Perak, sedang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di laluan keselamatan. Dadah tersebut disyaki dibawa masuk menggunakan…