RORO Batam-Tanjung Belungkor mampu tingkat sektor pelancongan - Utusan Malaysia

RORO Batam-Tanjung Belungkor mampu tingkat sektor pelancongan

K. RAVEN KUMAR (tiga dari kiri) bersama Mohd. Hairi Mad Shah (empat dari kanan) memotong riben sebagai simbolik merasmikan Majlis Ulang Tahun Pertama dan Pra Pelancaran Terminal Feri Tanjung Belungkor di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Perkhidmatan feri Roll On Roll Off (RORO) yang bakal diperkenalkan bagi laluan Batam-Tanjung Belungkor menjadi inovasi baharu dalam meningkatkan sektor pelancongan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, perkhidmatan yang dicadangkan oleh pihak konsulat Indonesia itu akan memudahkan pelancong membawa kenderaan mereka memasuki negara ini.

“Mereka cadang untuk tingkatkan khidmat RORO yang sedikit sebanyak sebagai satu inovasi yang baharu untuk tingkatkan sektor pelancongan negeri. Menerusinya akan memudahkan pelancong datang membawa kereta sendiri, para pengunjung dari Malaysia yang hendak ke Batam juga boleh bawa kereta sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah ada perancangan, namun kita tidak boleh beri waktu yang tepat untuk dimulakan kerana perkara ini memerlukan kelulusan melibatkan kerajaan Persekutuan, pengangkutan dan pihak lain,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun Pertama dan Pra Pelancaran Terminal Feri Tanjung Belungkor di Terminal Feri Tanjung Belungkor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah: Pengarah Urusan Southern Reef Sdn. Bhd., Kolonel (B) Mohd. Jamal Salleh dan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Sigit Suryantoro Widiyanto.

Raven yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh berkata, terminal berkenaan juga akan memulakan operasi feri ke Batam dan Singapura yang dijangka akan dapat menerima kira-kira 1,000 pelancong dari negara berkenaan dalam seminggu. 

ADS:D

Dalam pada itu Mohd. Hairi berkata, perkhidmatan RORO melibatkan laluan Batam ke Johor akan memacu ekonomi kedua-dua negara kerana usahawan dapat melebarkan ruang perniagaan mereka dengan perkhidmatan tersebut.

“Apabila dibuka, ia jadi perancangan jangka masa panjang buat kedua-dua negara dan dapat pacu ekonomi negeri. Ini perkara yang baik dengan Menteri Besar telah meletakkan sasaran Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030  dan Southern Reef Sdn. Bhd., menyambut gagasan itu.

“Sebab itu Konsulat Indonesia di Johor bertungkus-lumus menjayakan agenda RORO dengan permulaan melibatkan kenderaan lori untuk ke Batam dan dari Batam ke Johor. Saya harap perancangan ini akan dapat disambut baik semua pihak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN