KUALA LUMPUR: Esok, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan terhadap rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta sebat 2 kali yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, lima tahun lalu. Keputusan itu akan dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah serta Datuk S. M. Komathy.…