Restoran nasi Arab gajikan pekerja tanpa permit - Utusan Malaysia

Restoran nasi Arab gajikan pekerja tanpa permit

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan kerana bekerja tanpa permit di sebuah restoran nasi Arab di Taman Tasek, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebuah restoran nasi Arab terkenal di Taman Tasek, di sini diserbu Jabatan Imigresen negeri kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah, semalam.

Dalam serbuan pukul 4.40 petang itu, seramai 16 warga asing yang berusia antara 21 hingga 55 tahun dari pelbagai negara ditahan kerana melanggar peraturan tersebut.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir berkata, Op Selera itu dijalankan susulan maklumat awam yang menyatakan terdapat warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit yang sah di restoran berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap 24 warga asing, 16 daripadanya ditahan melibatkan tujuh lelaki warga Syria, tiga lelaki Yaman, tiga lelaki Palestin, masing-masing seorang lelaki Mesir dan Bangladesh serta seorang wanita Filipina.

“Mereka yang ditahan  dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan dua notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu bagi membantu siasatan.

“Kita akan terus mempergiatkan lagi operasi dan usaha penguatkuasaan di seluruh negeri ini bagi membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×