Putra akui sukar kekal relevan tanpa liputan media

Putra akui sukar kekal relevan tanpa liputan media

IBRAHIM ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengakui sukar untuk kekal relevan dalam arena politik negara tanpa liputan meluas daripada media arus perdana.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Putra berasa ‘terpinggir’ kerana tidak mendapat liputan berita tentang gerak kerja parti itu.

Sehubungan itu, beliau berharap media massa memberi lebih banyak ruang kepada parti itu sebagai me­raikan demokrasi di negara ini.

“Kami bergerak dan bekerja seperti biasa seperti mesyua­rat bulanan dewan tertinggi, sayap-sayap parti. Cuma kami tidak diberi keutamaan untuk publisiti, saya lihat ada beberapa portal berita seolah-olah memboikot kami.

“Bagaimanapun, kami te­ruskan sahajalah perjuangan ini walaupun tidak dapat liputan media,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kedudukan Putra dalam politik kerana parti itu dilihat sepi selepas tewas dalam PRU15.

Putra diasaskan Ibrahim pada 2018 dengan apa yang dianggap sebagai parti alternatif kepada perjuangan orang Mela­yu dan Islam selepas PRU14.

Putra salah satu parti komponen dalam gabungan politik dinamakan Gerakan Tanah Air (GTA).

Tiga parti lain iaitu Parti Pejuang Tanah (Pejuang), Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Ke­semua parti politik berke­naan bertanding menggunakan logo Pejuang, namun gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Sementara itu, Ketua Pe­nerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali ketika dihubungi berkata, Pejuang sentiasa menyuarakan isu melibatkan kebajikan rakyat meskipun parti itu jarang muncul dalam media massa.

“Kami dalam tempoh menguatkan semula parti dan sedang melihat pergerakan politik negara. Kekalahan kami sebelum ini kami ambil sebagai pengajaran di samping mengukuhkan akar umbi dan pimpinan,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×