PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat 84 akaun bank milik syarikat dan individu yang disyaki digunakan bagi kegiatan penipuan mata wang kripto ‘Accerx’. Sekatan terhadap semua akaun berkenaan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) selepas menerima 124 laporan polis membabitkan kerugian RM90.36 juta sejak November tahun lalu. Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sebanyak 73 syarikat perniagaan dan 83 akaun bank syarikat serta satu akaun bank…










