Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

Perantau Kelantan mula kembali ke ibu kota

ALIRAN trafik dilihat perlahan memasuki bandar Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak Kelantan di perantauan kembali semula ke ibu kota selepas pulang ke kampung sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina sekali gus menyaksikan laluan Kuala Krai-Gua Musang-Kuala Lipis di sini mulai sibuk dengan kenderaan sejak pagi tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pertambahan kenderaan itu menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan ketika melalui kawasan lampu isyarat di bandar Gua Musang dan kawasan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) sehingga ke sempadan Pahang.

Seorang pengguna jalan raya, Siti Nur Aina Zahari, 37, berkata, aliran trafik perlahan di beberapa kawasan dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang, namun keadaan masih terkawal.

Menurutnya, rata-rata mereka mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja mereka selepas pulang ke kampung halaman untuk bercuti serta menghadiri kenduri perkahwinan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya bertolak dari Kota Bharu pada pukul 9 pagi tadi dan tiba di bandar ini pukul 1 tengah hari tadi.

“Saya sempat berhenti berehat di Hentian Rehat Dan rawat Rantau Manis di Rantau Manis di sini dan kawasan itu dipenuhi dengan banyak kenderaan perantau,” katanya.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd. Asmadi Rahman, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi lancar.

Katanya, mereka sekeluarga memilih untuk bertolak hari ini kerana esok mereka sudah mula bekerja.

“Kami jangka bilangan akan semakin bertambah keluar dari negeri ini dan akan berlaku kesesakan lalu lintas menuju ke ibu kota.

“Saya berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan selamat tiba ke destinasi masing-masing,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN